Serangan Mahathir terhadap Najib mengundang amarah penyokong yang mengambil peluang daripada kelemahan Mukhriz sebagai pemimpin
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan Mukhriz Mahathir dikorban sebagai Menteri Besar, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri menjelaskan kempen berterusan Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengundang amarah penyokong Najib.
“Sukar untuk mengugurkan Mukhriz sekiranya benar Mukhriz seorang pemimpin yang baik tetapi kelemahan beliau telah diambil kesempatan oleh penyokong Najib yang mahu Mukhriz disingkir sebagai balasan terhadap Mahathir,” katanya ketika diminta mengulas serian Mahathir kepada rakyat supaya mengenepikan perbezaan politik dan tunjuk kepedulian akan keadaan negara ketika ini.
Pada Nazri, seruan itu mencerminkan kekecewaannya.
“Mukhriz satu kegagalan politik kerana dalam masa tak cukup penggal telahpun digugurkan…itu perkara yang amat memalukan pada keluarga Mahathir,”
Awal bulan ini, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menggantikan Mukhriz dua minggu selepas Ahmad Bashah dan 14 ketua-ketua UMNO Kedah menyeru Najib menggantikan Mukhriz atas alasan gagal menguruskan negeri dengan baik.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai seruan supaya Mahathir mengisytiharkan harta, Nazri hanya menjawab “Hahaha.”
Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao menggesa Mahathir supaya mengisytiharkan aset-asetnya.
Berhubung soalsiasat polis keatas Mahathir berhubung satu muatnaik blog, Nazri berkata tiada seorang pun yang mengatasi undang-undang.
“Pada saya, lantak pi lah dia nak buat apa…dia sendiri cakap dirinya sudah tua,” katanya dan menambah apa yang dilalui Mahathir pada ketika ini barangkali pembalasan diatas apa yang dilakukannya terhadap Tunku Abdul Rahman.
Nazri menjelaskan bahawa Mahathir hasut orang Melayu membenci Tunku dan menggambarkan Tunku sebagai pro-Cina walaupun sebenarnya Tunku pemimpin rakyat Malaysia dan menyokong semua bangsa.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.