Khamis, 25 Februari 2016

Sultan Johor beli pesawat Boeing 737-800?

 
Pesawat berwarna emas yang tertera lambang keluarga Diraja Istana Johor itu dikatakan mempunyai ruang dalaman yang direka mengikut spefikasi Sultan Ibrahim.


sultan-johor


PETALING JAYA : Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dilaporkan membeli sebuah pesawat peribadi Boeing 737-800.

Menurut The Malaysian Insider yang memetic sumber, sebuah pesawat dengan tertera logo keluarga Diraja Istana Johor dikesan di lapangan terbang Everett, Washington.

Pesawat Boeing 737-800 mampu terbang tanpa henti selama 10 jam.

Pesawat berwarna emas yang tertera lambang Johor itu dikatakan mempunyai ruang dalaman yang direka khas mengikut spefikasi Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim merupakan peminat kereta dan kapal terbang. Malah, baginda juga dilaporkan memiliki lesen juruterbang.

Pesawat itu dijangka tiba di Johor Bahru beberapa minggu lagi, beritahu sumber itu kepada portal berkenaan.

Selain koleksi kereta, Sultan Johor juga memiliki sebuah track ‘Mack’ termahal di dunia. Baginda juga pernah menghadiahkan kapal terbang sempena ulang tahun kelahiran anakanda baginda, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.