shahbudindotcom
Ketua
Penerangan UMNO, Annuar Musa menyifatkan Perdana Menteri, Najib Razak
seorang pemimpin yang memiliki ramuan lengkap yang diperlukan untuk
terus mentadbir parti dan negara serta sama sekali bukan seorang
"penyamun" seperti yang digambarkan oleh musuh-musuh politiknya.
Malahan,
tegas Ahli Parlimen Ketereh dan bekas menteri itu, keyakinan terhadap
Perdana Menteri masih kukuh untuk terus menguruskan negara, ekonomi dan
parti keramat UMNO.
"Najib memiliki segala "ingredients" untuk melakukannya.
"Saya
tidak fikir Najib seorang watak "penyamun" seperti yang cuba
digambarkan atau beliau seorang yang mencari jalan nak menghancurkan
UMNO bila naik jadi presiden....tidak," katanya lagi.
Ulasan
Annuar mengenai watak "penyamun" yang sering dikaitkan dengan Najib
tidak lain tentunya berkaitan dengan wang RM2,600 juta dan dana RM42
juta daripada SRC International yang mengalir masuk ke akaun
peribadinya, tetapi telah dibersihkan oleh Peguam Negara sebagai tidak
melakukan apa-apa kesalahan.
Selain
derma berbilion ringgit yang dikatakan daripada keluarga Diraja Arab
Saudi itu itu masih menimbulkan banyak misteri, yang lebih menjadi
"lawak antarabangsa" ialah bila Najib dikatakan tidak mengetahui dana
RM42 juta yang diterimanya itu datang daripada SRC, sebuah anak syarikat
milik Kementerian Kewangan.
Orang
kata, inilah kelebihan pemimpin veteran bila berkata-kata. Hujah dan
cara mereka berbicara serta melontarkan idea untuk menggembirakan "boss
yang berkuasa" memang tak terlawan dek pemimpin-pemimpin muda.
Seolah-olah
tidak memperdulikan segala fakta berkaitan dengan isu wang tersebut
yang telah menyebabkan gelaran "penyamun" itu memenuhi seluruh cakrawala
dunia dan begitu melekat dengan Najib, yang penting ialah Perdana
Menteri yang boleh memberikan banyak kenikmatan di dunia, harus disokong
dan dipertahankan sebaik-baiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.