shahbudindotcom
Tidak
cukup dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang
membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan
kandungan jelik di internet, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan
Mohamed berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang baru digubal
bagi membolehkan penulis blog mendaftar dengan Kementerian Komunikasi
dan Multimedia Malaysia atau KKMM.
Katanya,
langkah itu sebagai usaha mengekang penulisan tidak bertanggungjawab
dan berunsur fitnah, selain bertujuan untuk memastikan mutu penulisan
dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah,
beretika dan tidak menyalahgunakan kemudahan internet.
Di
bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588), Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah pun mempunyai dua
peruntukan penguatkuasaan berhubung kandungan internet iaitu Seksyen 211
(Larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233
(Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,
dll).
Melalui
kedua-dua seksyen itu, sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda
tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Apakah masih tidak cukup dengan dua seksyen tersebut untuk mengawal serta mengawasi penulis blog dan pengguna laman sosial?
Dalam
keadaan yang lain, sekatan terhadap blog juga sudah biasa dilakukan
oleh SKMM terhadap beberapa laman yang dianggap melanggar undang-undang.
Oleh itu, dengan segala undang-undang sedia ada, apa perlunya lagi dikuatkuasakan peraturan agar mereka mendaftar dengan KKMM?
Apakah kerana UMNO dan kerajaan kerapkali tewas dalam persaingan di internet, maka undang-undang itu mahu diwujudkan?
Tidakkah
ini bertujuan mengekang lagi kebebasan bersuara rakyat setelah sebelum
ini Peguam Negara turut bercadang mengetatkan undang-undang Akta Rahsia
Rasmi atau OSA sehingga hukuman penjara seumur hidup terhadap mereka
yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan serta media yang
melaporkannya?
Apa sudah jadi dengan negara ini dan di mana lagi letaknya kebebasan rakyat dalam bersuara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.