Khamis, 28 Januari 2016

BERSIH siapkan senarai untuk 'sambut' SPR

Shakira Buang


 


Hasrat pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah untuk membuat kunjungan hormat kepada NGO, termasuk BERSIH disambut baik.

Malah, pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata BERSIH telah menyediakan senarai bagi mereformasikan undang-undang pilihan raya di negara ini.

"Memang sedia (datang). Boleh datang ke pejabat baru BERSIH.

"Kita sudah siap sedia suatu senarai untuk reformasikan undang-undang pilihan raya dan harap pertemuan ini adalah regular - quarterly," katanya kepada Malaysiakini.

Hashim pagi tadi berkata beliau akan mengadakan kunjungan hormat kepada Maria bagi membincangkan segala perkara yang dibangkitkan BERSIH sebelum ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.