SELANGOR KINI
SHAH ALAM : BERSIH 2.0 mengucapkan tahniah kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak letih berjuang
menegakkan keadilan dan mencerita kebenaran dalam kes RM2.6 billion.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata BERSIH 2.0 menyokong penuh keputusan SPRM untuk membawa isu RM2.6 billion kepada Panel Pernilaian Operasi (PPO) untuk penilitian semula.
Katanya beliau percaya SPRM menjalankan siasatan ini dengan teliti. Kini sudah tiba masanya SPRM mendedahkan kepada umum dapatan mengenai siasatan terhadap kes itu.
“Seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran dan kebenaran ini hanya boleh didedahkan oleh SPRM.
“BERSIH 2.0 yakin rakyat juga turut bersama dengan SPRM dengan hal ini. Ini juga membantu SPRM mendapat semula kepercayaan umum dari segi ketelusan dan kebenaran,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata langkah diambil SPRM wajar menjadi contoh sebuah institusi awam yang bebas dan mendaulatkan integriti serta keadilan.
“Ini jalan wajar diikuti, ke arah keyakinan dan sokongan orang ramai. Malah, ini membantu negara memulihkan indeks rasuah yang makin menjunam.
“Peluang ini datang sekali. Lakukan sekarang, sebelum terlewat,” katanya.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.