shahbudindotcom
SPRM
dikatakan telah mencadangkan tiga pertuduhan harus diambil terhadap
Perdana Menteri, Najib Razak dalam kertas siasatannya berkaitan isu wang
RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk
ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun,
cadangan itu ditolak oleh Peguam Negara, Apandi Ali. Beliau bukan saja
membersihkan nama Najib daripada sebarang pertuduhan atas alasan tidak
cukup bukti, malah juga mengarahkan SPRM menutup terus kes tersebut.
Tetapi
isu ini telah menjadi pertikaian paling hebat dalam masyarakat di mana
bukan saja orangramai membuak-buak tidak setuju dengan keputusan Peguam
Negara itu, malah bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman dan beberapa
pengamal undang-undang juga mempersoalkannya.
SPRM
juga dilaporkan ingin merayu keputusan Peguam Negara itu kerana
menganggap susah payah mereka melengkapkan siasatan hampir tujuh bulan
selama ini sebagai sia-sia saja serta dalam masa yang sama tidak mahu
membuatkan rakyat terus kehampaan.
Panel
Penilaian Operasi dan Panel Khas SPRM pula mahu rakyat diberi
penjelasan secukupnya berhubung keputusan itu serta menyarankan agensi
penguatkuasa itu terus mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara
untuk tindakan seterusnya, suatu isyarat jelas yang menggambarkan mereka
juga tidak gembira kerana tiadanya pendakwaan dilakukan terhadap Najib.
Maka
itu, kiranya dibuat undian, daripada 30 juta rakyat Malaysia, berapa
ramaikah yang setuju Najib perlu didakwa kerana perlakuannya berkaitan
kemasukan kedua-dua wang itu tidak boleh dimaafkan serta telah
mencemarkan nama baik negara?
Daripada
3.4 juta ahli UMNO, berapa ramai yang setuju beliau harus membersihkan
namanya melalui proses di mahkamah, bukannya semata-mata dibersihkan
oleh Apandi Ali?
Daripada kira-kira 1.5 juta penjawat awam, berapa ramai yang setuju bahawa Najib mesti diadili di mahkamah?
Akhir
sekali, tanya juga secara bisik-bisik dan "off the record" dengan
Zahid Hamidi, setuju atau tidak beliau tentang perlunya Najib dibawa ke
mahkamah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.