HAZAWANI ARIFFIN
Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim bagi
tujuan itu JKM telah mewujudkan lima depoh simpanan bekalan makanan di
lima kawasan tumpuan utama bencana banjir. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan treler kabin sebagai initiatif terbaru dalam usaha untuk menyalurkan bekalan makanan yang mencukupi kepada kira-kira 1.6 juta mangsa banjir pada tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengumumkan perkara itu
selepas melancarkan World Disaster Report (WDR) 2015 di Ibu Pejabat
Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan, hari ini.
Menurutnya, bagi tujuan itu JKM telah
mewujudkan lima depoh simpanan bekalan makanan di lima kawasan tumpuan
utama bencana banjir seperti Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan
Muar.
“Bekalan makanan di lima depoh itu akan
diedarkan ke semua 5,152 pusat pemindahan banjir di seluruh negara
apabila berlakunya banjir nanti.
“Sebanyak 68 mini depoh juga disediakan
berhampiran dengan tempat kejadian untuk menyenangkan dah mempercepatkan
kerja-kerja menyalurkan bekalan terus kepada mangsa banjir,” kata
beliau pada sidang media Pelancaran World Disaster Report di ibu pejabat
Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan, hari ini.
Sementara
itu, dalam usaha menjaga kebajikan mangsa-mangsa bencana banjir
terutama di kawasan pantai timur, JKM telah meningkatkan keperluan
pembahagi mudah alih sebanyak 15,000 set untuk memudahkan mereka
melakukan aktiviti seharian.
“Dengan pembahagi mudah alih yang
disediakan mereka boleh menunaikan solat, serta mudah untuk melakukan
aktiviti seharian buat kanak-kanak dan orang kurang upaya.
“Barangan asas lain seperti tikar untuk
mengalas lantai simen yang sejuk ketika hujan turut diberikan selain
daripada jaket keselamatan yang penting bagi sukarelawan bencana
banjir,” jelasnya.
Setakat awal November lalu, pihak JKM
bersama badan bukan kerajaan yang lain telah mula menyalurkan bekalan
makanan kering serta keperluan asas kepada lima kawasan tumpuan yang
dilanda banjir yang mampu bertahan sehingga lima hari.
Malah seramai 22,000 tenaga sukarelawan
telah bersedia dalam menghadapi bencana banjir pada tahun ini berikutan
musim tengkujuh yang melanda Malaysia setiap hujung tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.