KUALA LUMPUR: Mayat Kapten Hasman Hussin yang dihanyutkan banjir di
Missouri, Amerika Syarikat, ditemui kira-kira jam 11 malam waktu
Missouri, semalam.
Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor,
ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, Angkatan Tentera Malaysia masih menunggu prosedur pihak berkuasa di sana bagi proses pengecaman.
"Berkemungkinan besar ia adalah mayat Kapten Hasman," katanya.
Hasman, 34, yang juga pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)
bersama empat tentera negara lain dilaporkan hilang selepas kenderaan
dinaiki mereka dihanyutkan air deras di Missouri, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta mereka cuba mengharungi laluan dinaiki air sebelum dihanyutkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.