KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Ranau, dekat sini, pagi tadi.
Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi lemah itu
direkodkan pada jam 6.17 pagi pada kedudukan 11 kilometer di barat
Ranau.
Gegaran itu hanya dirasai sekitar Ranau.
Sehingga kini, hampir 130 gempa bumi susulan direkodkan di Ranau sejak
gempa bumi bermagnitud 5.9 yang berpusat dekat Gunung Kinabalu pada 5
Jun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.