KYRA ALEGRIA
Lelaki itu kemudian bertindak merakam video berkenaan dan berkongsi pengalaman berjumpa dengan pihak JPJ.
KUALA LUMPUR, Video seorang lelaki yang berang dan bertindak memarahi anggota Jabatan Pengangkutan Jalan yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik tersebar di media sosial.
Video berdurasi 6 minit yang disiarkan
oleh Sukan Star TV menerusi facebooknya memaparkan, seorang lelaki
meluahkan kemarahan di satu pejabat dipercayai pejabat JPJ dan mendakwa
cubaannya menyambung cukai jalan yang tamat tempoh gagal.
Malah katanya, kegagalannya berbuat
demikian adalah kerana kereta lama miliknya yang disita oleh JPJ pada
2001 masih digunakan sehingga ke hari ini menggunakan namanya.
Difahamkan, apabila kereta miliknya
disita kerana masalah teknikal, rekod pemilikan kreta berkenaan
sepatutnya dihapuskan dari sistem.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan mendakwa keretanya masih lagi digunakan oleh individu yang tidak dikenali.
Menurut
video itu, selian menanggung kerugian RM78,000, lelaki berkenaan
mendakwa dia terpaksa menjelaskan saman daripada kereta yang tidak
dketahuinya.
Dia turut mendakwa apabila ditanya kepada
pihak JPJ, mereka gagal memberi penjelasan yag munasabah dan menyatakan
pihak JPJ tiada kuasa mengenai masalah itu.
Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan
itu, lelaki itu kemudian bertindak merakam video berkenaan dan berkongsi
pengalaman berjumpa dengan pihak JPJ.
Menurut video kedua, lelaki berkenaan
mendakwa pengarah JPJ yang ditemuinya enggan membantunya menyelesaikan
masalah itu dan memintanya agar tidak memperbesarkan isu itu.
Video yang dimuat naik pada akhir November lalu mendapat 19,000 like dan dikongsi pengguna media sosial lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.