BERNAMA
Ahmad berkata, di
negara-negara maju, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seseorang
mempunyai lebih daripada satu pekerjaan. - Foto arkib TRP/ Daniel Chan
PETALING JAYA, Rakyat Malaysia perlu berani menjadi usahawan dan memohon geran yang disediakan kerajaan, melalui SME Bank.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (Miti), Datuk Ahmad Maslan berkata, satu kajian yang
dijalankan di negara-negara maju mendapati, kebanyakan rakyatnya terdiri
daripada usahawan.
“Mulai tahun depan, Miti akan menganjurkan lebih banyak kursus tentang perniagaan dalam talian.
“Bagi mereka yang mempunyai pekerjaan
tetap dan berminat menyertai kursus ini, tidak ada masalah, jika ia
dibuat pada waktu malam atau hujung minggu, agar tidak mengganggu
prestasi kerja mereka,” katanya pada taklimat media semasa lawatan
beliau ke pangkalan Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS), hari
ini.
Beliau berkata, selain mempunyai
pekerjaan sepenuh masa, mereka boleh mempertimbangkan untuk menjalankan
perniagaan dalam talian, memandangkan potensinya besar, dengan
peningkatan pelbagai barang dan perkhidmatan, seperti menjual pakaian
dan kasut serta penghantaran makanan.
Ahmad berkata, di negara-negara maju, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seseorang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan.
Beliau berkata, pengasas/Ketua Pegawai
Eksekutif SAS, Ismail Asha’ari merupakan usahawan yang berjaya dan patut
diberi pujian, kerana kegigihan beliau dalam perniagaan.
“Pejabat pertama SAS telah diubahsuai
daripada tandas di pejabat Jabatan Penerbangan Awam pada awal 1990-an
dan kini sudah mempunyai tiga hangar dan hampir 100 pekerja,” katanya.
SAS adalah antara syarikat yang
dipaparkan dalam kempen “Your Success Our Story” SME Bank, yang mula
mendapatkan pinjaman SME Bank pada 2007 dan setakat ini, mempunyai
pinjaman dengan bank berkenaan berjumlah RM30 juta.
Dana SME Bank termasuk Tabung Usahawan
Muda, dengan nilai kelulusan sebanyak RM38.9 juta pada Oktober 2015,
Tabung Usahawan Siswazah (RM214.4 million) dan SME-Go (RM21 juta).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.