IKHWAN HAZWAN
Puluhan anggota polis kelihatan mengawal kawasan sekitar Jalan Petaling pagi ini. Foto TRP/ Ikhwan Hazwan
KUALA LUMPUR, Pasukan polis dilihat mula mengawal kawasan sekitar Jalan Petaling sekalipun perhimpunan aman yang dikatakan akan diadakan pada hari ini dibatalkan.
Sekitar jam 10 pagi, beberapa buah kenderaan pacuan empat roda polis ditempatkan di pintu masuk kawasan berkenaan.
Puluhan anggota polis kemudiannya mula mengawal di pintu masuk ke Jalan Petaling berdekatan Pasar Seni.
Namun begitu, kelibat peserta perhimpunan tidak kelihatan pada waktu ini.
Aktiviti perniagaan di sini juga berjalan seperti biasa dan para peniaga mula membuka premis masing-masing.
Semalam, Pengerusi Gabungan NGO Melayu,
Datuk Jamal Md Yunos telah ditahan pihak polis di bawah Akta Hasutan
berikutan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan demonstrasi di Jalan
Petaling hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.