MALAYSIAKINI
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didapati tidak menyiarkan
berita berhubung ucapan timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berhubung krisis yang dihadapi parti itu ekoran skandal 1MDB.
Bahkan, Utusan tidak melaporkan langsung mengenai mesyuarat agung Umno bahagian Cheras, yang dihadiri Muhyiddin semalam.
Akhbar itu sebaliknya hanya memaparkan laporan yang mempertahankan
tindakan menggantung permit penerbitan The Edge, dan juga seruan agar
ahli parti bersatu.
Satu lagi akhbar kawalan Umno, Berita Harian, hanya melaporkan mengenai sokongan Muhyiddin agar laporan awal mengenai 1MDB didedahkan kepada umum.
Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut mengenai amaran Muhyyuddin
bahawa parti itu mungkin tewas dalam pilihan raya umum akan datang
akibat skandal 1MDB.
Berita Harian juga tidak menyebut mengenai pendedahan Muhyiddin mengenai
nasihatnya agar Najib meletak jawatan sebagai pengerusi lembaga
penasihat 1MDB.
Satu lagi akhbar kawalan Umno, New Straits Times juga menenggelamkan isu ucapan Muhyiddin.
Laporan enam perenggan NST hanya menyebut bahawa Muhyiddin menggesa
anggota parti agar berdepan dengan realiti jika tidak ingin tewas dalam
pilihan raya umum akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.