MALAYSIAKINI
Politik berasaskan kaum perlu ditukar atau Umno akan tenggelam dalam
percaturan itu, kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
Bekas Menteri Kewangan iu berkata, corak politik sedemikian tidak
membawa kepada pertambahan sokongan untuk parti yang berkenaan.
"Untuk Umno ia membawa kesan buruk kerana, katakanlah anda mempunyai
tiga juta ahli tetapi di luar sana ada lebih 60 juta pengundi.
"Umno tidak boleh berkembang dengan hanya membenarkan orang Melayu menjadi anggota," katanya.
Ahli politik yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata, Umno juga
perlu menjadi juara untuk kepentingan kumpulan tertentu saja, sebaliknya
berjuang demi kebaikan semua pihak.
"Ada laporan menyebut, sesetengah pemimpin hanya menjaga penyokong sendiri saja.
"Sebab itu pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman berjuang untuk semua (bangsa)," katanya.
Ku Li menyatakan, golongan belia ketika ini semakin menjauhi Umno kerana
beranggapan parti itu tidak membawa sebarang faedah kepada mereka.
Terdahulu dalam ucapannya, Ku Li berkata, semangat peristiwa berdarah 13 Mei masih wujud sehingga saat ini.
Katanya, ia mungkin bukan dalam bentuk keganasan fizikal, tetapi secara psikologi.
"Justeru, apa yang kita perlukan kini ialah pembina jambatan antara kaum, bukan wira perkauman," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.