MALAYSIAKINI
Memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan tidak
akan menyelesaikan sebarang masalah Umno, kata Tengku Razaleigh Hamzah
hari ini.
Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, Tun Dr Mahathir Mohamad
yang kini giat mendesak supaya Najib disingkirkan, tidak menyelesaikan
sebarang masalah sejak dia berundur daripada jawatan perdana menteri
dulu.
“Adakah
(memaksa Najib melepaskan jawatan) akan menyelasikan masalah? Peletakan
jawatan dia (Dr Mahathir) pun tidak menyesaikan masalah,” katanya
kepada media di Petaling Jaya.
Veteran Umno itu menambah, campur tangan Dr Mahathir sebenarnya memburukkan lagi keadaan.
“Beliau (Dr Mahathir) kata Dollah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) membawa
masalah. Dollah berundur dan sekarang kita ada lebih banyak masalah,”
katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha berterusan Dr Mahathir
mengetepikan Najib ketika ini.
Beliau yang turut dikenali sebagai Ku Li memang sering mempunyai pandangan berbeza daripada Dr Mahathir.
Kedua-dua mereka pernah bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada 1987, namun Ku Li akhirnya kalah tipis kepada Dr Mahathir.
Peristiwa itu juga membawa kepada pengharaman Umno. Ku Li dan
penyokongnya kemudian membentuk Parti Melayu Semangat 46, namun ia
kemudian dibubarkan.
Ku Li sendiri menyertai Umno yang didaftarkan semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.