MALAYSIAKINI
Andainya PAS masih menaruh harapan untuk Umno membantu usaha parti itu
membolehkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud dibentang di
parlimen, parti itu akan kecewa.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, di sebalik janji yang
ditabur Umno untuk PAS, rang undang-undang itu masih belum dapat
dibentangan.
Kata Lim, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sebenarnya
berdepan dengan dilema antara mahu memuaskan hati ahli parlimen PAS dan
mengelakkan kemarahan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang
menentang rang undang-undang berkenaan.
"Pilihan Najib adalah jelas. Dalam keadaan ini, bukan mengejutkan apabila usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak muncul dalam kertas aturan parlimen untuk sidang yang berlangsung kini," katanya.
Abdul Hadi mengemukakan usul berkenaan untuk kali pertama dalam sidang
lalu (April) tetapi dimaklumkan kemudian bahawa ia akan dibawa ke sidang
bulan ini.
Lim berkata, Najib perlukan sokongan daripada 48 ahli parlimen dari
Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa ketika pentadbirannya dikecam
teruk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, pada masa sama, kata Lim pakar strategi Najib berjaya menyebabkan
kerosakan kepada Pakatan Rakyat apabila PAS menjauhkan diri daripada
gabungan pembangkang itu kerana isu hudud berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.