MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan
memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menampung
beban hutangnya.
Katanya, hutang ini ditanggung melalui syarikat seperti 1Malaysia Development Berhad dan Pembinaan PFI Sdn Bhd.
"Sudah tentulah usaha seperti 1MDB dan Pembinaan PFI hanya menyebabkan hutang yang tidak dapat ditanggung.
"Apabila syarikat ini mengalami kerugian, beban kewangan kerajaan akan meningkat.
"Dengan memperkenalkan GST, kerajaan sebenarnya meminta orang ramai,
termasuk yang tidak sepatutnya dikenakan cukai pendapatan untuk
menyelamatkan kerajaan,” katanya.
Mahathir menyatakan demikian dalam tulisan terbaru di blognya, chedet.cc hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.