MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak pengurusan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu dianggap bersalah selagi dananya
yang masih tidak dapat dikesan itu dapat ditemui.
Beliau merujuk kepada status pelaburan 1MDB berjumlah AS$1.103 bilion
(RM4 bilion) di bank luar pesisir Cayman Islands, yang kini masih
misteri.
"Wang itu didakwa dilaburkan di Cayman Islands dan didakwa sudah dibawa
balik dan berada di Singapura, nanun wang itu tidak boleh ditunjukkan
dalam bentuk nyata.
"Maka pengurusan (1MDB) mesti bertanggungjawab ke atas kehilangannya.
"Andaiannya, pengurusan itu dilesapkan, melainkan dibuktikan sebaliknya,” kata Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.