MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib
Razak harus meletak jawatan kerana menimbulkan masalah besar yang tidak
pernah berlaku semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.
Mahathir berkata, penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak dituduh
menjalani kehidupan mewah, namun sanggup meletak jawatan sebelum tamat
penggal.
“Sebelum ini, tiada cakap-cakap mengenai perbelanjaan boros perdana menteri, membeli barangan mahal, menjalani kehidupan mewah.
"Sebahagian daripada cakap-cakap ini mungkin tidak benar, namun ia tidak
pernah timbul semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.
"Cakap-cakap seperti ini pasti timbul disebabkan gaya hidup perdana
menteri yang berbeza daripada yang diharapkan,” kata Mahathir dalam
tulisan di blognya, chedet.cc.
Mahathir menjawab kenyataan Najib yang bertegas untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal jawatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.