Jumaat, 24 April 2015

Tema ‘Hancur GST’, DAP gerakkan ahli di seluruh negara ke himpunan 1 Mei

PC GST Mei 1 Hancurkan GST! 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP akan menggerakkan semua ahlinya di seluruh negara untuk menyertai himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Anthony pada sidang media di ibu pejabat DAP hari ini berkata, setiap Jawatankuasa Negeri dan Cawangan DAP komited menggerakkan seramai mungkin anggota untuk turun berhimpun membantah GST secara aman di Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.

“Pelbagai kesan buruk menimpa ekonomi dan masyarakat Malaysia sejak pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) hampir satu bulan. Harga barang naik mengakibatkan rakyat semakin susah dan menderita.

“Lebih-lebih lagi ahli politik Barisan Nasional mengemukakan kenyataan penuh angkuh dan tidak bertanggungjawab setelah pelaksanaan GST.

“Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dikritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban GST,” kata Anthony.

Tambahnya, panduan harga dan senarai GST mengelirukan peniaga dan pengguna, yang jelas dilaksanakan dalam keadaan rakyat yang belum bersedia.

Malah kata Anthony, Ahli Parlimen UMNO (Sepanggar) Jumat Idris sendiri merungut seperti yang dikirimnya ke laman facebook bahawa GST membebankan, selepas anaknya menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta.

“Ahli Parlimen UMNO-BN yang kaya pun rasa terbeban dengan GST, apatah lagi rakyat biasa,” kata Anthony.

Tambahnya, resit pembelanjaan yang diterima memperingatkan rakyat bahawa promosi pihak kerajaan bahwa GST adalah baik untuk rakyat, dan harga barangan akan turun hanya ‘indah khabar dari rupa’.

“Pelaksanaan GST akan mengurangkan sikap pembelanjaan dalam pasaran, seterusnya menjejaskan peniaga kecil.

“Perdana Menteri Najib Razak harus menjawab sekarang bagaimana GST membantu ekonomi? kata Anthony, sambil menyeru rakyat bangkit membantah GST.

“Sempena Hari Pekerja 1 Mei, marilah kita sama-sama tunjukkan kuasa rakyat membantah GST. Kembalikan pembangunan ekonomi negara di jalan yang betul dan kembalikan kehidupan yang bermutu kepada rakyat,” kata Anthony.

Pada sidang media sama, Anthony turut melancarkan t-shirt rasmi himpunan 1 Mei, selain mengumumkan tema protes sebagai ‘1 Mei Hancur GST’.

Hadir sama, Ketua DAPSY Teo Kok Seong, Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol, tan Hong Pin – Roketkini.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.