Mukadi (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Besar sambil diperhatikan Budiman (kanan).
SUNGAI BESAR – Seorang lelaki warga emas bukan saja kerugian RM15,000,
malah ditinggalkan bersendirian selepas dipukau seorang wanita warga
asing dan seorang lelaki tempatan di Sekinchan di sini, minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Selasa itu, mangsa, Mukadi Resad, 68, mengikut kedua-dua suspek menaiki sebuah kereta dari sebuah bank di Sungai Besar ke sebuah bank yang sama di Sekinchan bagi mengeluarkan wang simpanannya.
Mukadi dari Kampung Sungai Limau berkata, dia yang baharu saja mengeluarkan wang RM1,500 bagi kegunaan perbelanjaan harian dari sebuah bank di Sungai Besar didatangi seorang wanita tidak dikenali ketika berada di parkir motosikal untuk pulang ke rumah.
“Wanita itu menghampiri dan merayu kepada saya supaya jadi penjamin kerana dia menang nombor ekor. Wanita itu beritahu dia berasal dari negara jiran, dan tak boleh ambil duit itu selagi tak ada penjamin orang tempatan.
“Saya bagi alasan kena balik cepat sebab nak ambil cucu pulang dari sekolah, tetapi selepas itu, datang pula seorang lelaki memujuk saya supaya bantu wanita itu yang dalam kesusahan,” katanya.
Seolah-olah dipukau, Mukadi tanpa membantah terus parkir motosikalnya berhampiran bank itu lalu mengikut kedua-duanya menaiki kereta dipandu lelaki terbabit.
“Semasa berada dalam kereta, wanita itu menceritakan kesusahan dialami, termasuk perlukan wang segera disebabkan kakak iparnya nak bersalin di Teluk Intan,” katanya.
Katanya, kedua-dua suspek terus memperdayanya selepas diminta mengeluarkan wang simpanan dari bank untuk didahulukan kepada wanita terbabit dengan mengisi borang pengeluaran wang yang terdapat di dalam keretanya.
“Saya pun isilah borang. Mula-mula dia minta RM30,000, tapi saya tegas untuk keluarkan RM15,000 saja. Mereka pun tak cakap banyak lalu meletakkan kereta selang beberapa bangunan berhampiran bank terbabit.
“Sebaik keluar dari bank, saya masuk semula ke dalam kereta. Mereka kemudiannya ambil wang itu dan beritahu saya perlu buat salinan MyKad untuk menjadi penjamin bagi membolehkan wanita itu menebus wangnya di kedai nombor ekor,” katanya.
Katanya, lelaki itu kemudian menurunkannya di sebuah restoran mamak dengan alasan bagi memudahkannya mencari mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan mesin salinan MyKad.
“Saya tengok sebuah kedai tutup, saya pergi ke sebuah kedai lain, tapi tak ada pula mesin salinan MyKad. Sebaik keluar dari kedai, saya tengok kereta terbabit dah hilang,” ujarnya.
Menurut Mukadi, sebaik mendapati kedua-dua suspek hilang dari pandangan, gerak hatinya kuat mengatakan dia dipukau kedua-dua suspek berkenaan.
“Saya terus ke sebuah bank lain di Sekinchan untuk berjumpa dengan anak saudara dan menceritakan detik malang itu. Dia kemudiannya menghantar saya ke Sungai Besar untuk ambil semula motosikal yang saya tinggalkan di sana,” katanya.
Katanya, akibat kejadian itu, dia terus membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar kira-kira jam 2 petang, hari yang sama.
Sementara itu, Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, terdapat sekurang-kurangnya empat kejadian warga emas ditipu dengan modus operandi yang hampir sama dalam tempoh sebulan ini.
“Saya difahamkan, ada seorang mangsa ditipu sehingga RM40, 000 dengan menggunakan helah dan taktik yang sama dan saya sendiri akan menghantar surat kepada semua pengurus bank di Sungai Besar berhubung perkara ini,” katanya.
Katanya, pihak institusi kewangan diminta mengambil langkah tambahan terutama kepada warga emas yang mengeluarkan wang melebihi amaun biasa termasuk meminta pengesahan daripada waris terdekat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.