Jumaat, 24 April 2015

Gagal siapkan pasar borong dan jeti nelayan Manjung, DAP Perak gesa SPRM siasat

pix ngeh 1
Roketkini.com


IPOH: DAP Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam penyelesaian Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan pemaju yang gagal membina Pasar Borong dan Jeti Nelayan di Manjong.

Menurut Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, laporan kewangan berakhir 31 Disember 2015 menyatakan, MPM menandatangani perjanjian pada 4 Mei 2006 dengan pemaju Benua Kukuh Sdn Bhd bagi memajukan tanah 100 ekar di atas plot PT 12062-12074, HSD 26991-27003, Mukim Lumut di Jalan Seri Manjung-Segari bagi membina pasar borong dan jeti nelayan.

Namun, pemaju tidak membinanya, sebaliknya MPM menerima 23 ekar daripada 100 ekar tanah kosong yang telah ditambak sebagai balasan dalam perjanjian usahasama tersebut.

“Saya memohon ahli-ahli MPM melihat semula perjanjian usahasama ini.

“Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dimohon menyiasat samada terdapat unsur-unsur rasuh atau salahgunakan oleh MPM,” kata Ngeh dalam kenyataannya hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.