MALAYSIAKINI
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyarankan agar kerajaan menubuhkan
suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat skandal melibatkan
kewangan firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yakin bahawa siasatan oleh suruhanjaya
diraja itu akan dapat membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Hanya
dengan pendekatan penyiasatan bermandat tanpa had Suruhanjaya Diraja
akan bantu membersihkan nama baik Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin
Seri Rosmah Mansor,” katanya.
Dalam sidang media di Dewan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini,
Ibrahim berkata beliau bimbang kerana Najib dan Rosmah “dikaitkan
dengan 1MDB oleh anasir media yang tidak bertanggungjawab”.
Sungguhpun Ibrahim menyalahkan media dan bersungguh-sungguh untuk
menyucikan nama Najib dan Rosmah, perkara itu ditimbulkan sendiri oleh
Mahathir.
Dalam sidang medianya hari ini, Ibrahim juga pasrah dan reda dengan segala hal yang dibangkitkan Mahathir dalam serangan ke atas Najib.
Dalam tulisannya di blog chedet.cc hari ini, Mahathir antara lainnya
menyatakan kekecewaannya kerana Najib masih tidak menjawab mengenai
persoalan yang dibangkitkan mengenai 1MDB.
Antara lainnya, persoalan mengenai kaitan jutawan muda Jho Low dan juga anak tiri Najib, Riza Aziz dengan 1MDB, katanya.
Riza merupakan anak Rosmah melalui perkahwinan sebelumnya.
Mahathir mempersoalkan bagaimana Riza mendapat wang bagi membeli
kondominium di New York serta dari mana Riza mendapat wang dalam filem
'The Wolf of Wall Street'.
Tanpa berselindung, Mahathir juga berkata, 1MDB akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.