Selasa, 21 April 2015

Hospital Shah Alam dibuka September

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Hospital Shah Alam yang tertangguh pembinaannya sejak lima tahun lalu akan mula dibuka kepada orang ramai pada pertengahan September ini sebelum beroperasi sepenuhnya, Januari depan.
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, hospital yang mampu menempatkan 300 katil itu yang kini siap 99 peratus akan menumpukan kepada perkhidmatan untuk pesakit luar meliputi pelbagai jenis bidang kepakaran.
 
Sebelum ini hospital tersebut dijangka beroperasi secara berperingkat mulai Oktober ini selepas tertangguh sejak 2010.
 
Pembinaan hospital itu diambil alih kontraktor baharu iaitu Gadang Engineering (M) Sdn Bhd daripada kontraktor asal Sunshine Fleet Sdn Bhd yang gagal menyiapkan bangunan tersebut sejak 2007. 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.