SHAH ALAM: Gereja baru di Taman Medan yang mencuri tumpuan banyak pihak
semalam dilaporkan tidak mempunyai permit Majlis Bandaraya Petaling
Jaya (MBPJ).
Portal The Star Online melaporkan gereja yang terletak di unit rumah
kedai itu tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tempat ibadat, serta
tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu.
"Lot kedai yang ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti
mematuhi Akta 133 Seksyen 70 (12) dan permohonan bertulis dengan
aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan," pegawai
perhubungan awam MBPJ Zainun Zakaria dipetik sebagai berkata.
"Kita memerlukan pematuhan ini bagi memastikan keselamatan penduduk menggunakan bangunan itu," katanya menurut portal itu.
Bagaimanapun, katanya, belum ada permohonan bertulis dikemukakan gereja
baru itu setakat ini, kata Zainun, sambil menambah yang wakil pihak
rumah ibadat itu masih boleh berbuat demikian.
Beliau berkata semua tempat-tempat ibadat yang ingin memaparkan logo
atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan
pihak berkuasa tempatan.
"Tidak kisah sama ada ianya (simbol) teratai, trident atau salib, permit majlis diperlukan," Zainun dipetik sebagai berkata.
Pada hari Ahad, kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baru itu
untuk menuntut agar salib yang dipasang di tingkat atas unit lot rumah
kedai itu diturunkan.
Salib tersebut diturunkan pihak gereja beberapa jam selepas protes itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.