KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dan bergelora kategori pertama
di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak,
Kudat, Sandakan, pantai barat dan pedalaman Sabah dijangka berterusan
sehingga Selasa ini.
Keadaan sama dijangka melanda Samui, Tioman, Bunguran, Reef North, Kuching, Labuan dan Sulu.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang Timur Laut dengan
kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan ombak mencapai
ketinggian sehingga 3.5 meter akan berlaku dalam tempoh itu.
"Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di
perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan juga dijangka
berterusan sehingga Selasa ini," menurut kenyataan itu di sini, hari
ini.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 km/j dan ombak
mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua
aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta
perkhidmatan feri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.