KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel bercadang untuk
menemui pengerusi cawangan parti di seluruh negara untuk memberi
penerangan mengenai masalah parti yang dibangkitkan sejak Disember.
Menurut Naib Presiden parti, Datuk S Balakrishnan, jelajah itu dijadual
bermula pada Ahad (hari ini) di Johor dengan Palanivel menemui
pengerusi cawangan dan ahli bahagian negeri.
"Presiden membuat keputusan untuk menemui semua pengerusi cawangan
untuk memberi taklimat mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Palanivel
tidak akan turun padang untuk menyerang sesiapa. Tiada Pemuda, Wanita
(sayap) dan samseng. Kami hanya akan menemui pengerusi cawangan.
"Beliau (Palanivel) akan mendapat maklum balas daripada peringkat
bawahan dan akar umbi," kata beliau pada sidang media di sini semalam.
Balakrishnan berkata, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S
Subramaniam, dan tiga Naib Presiden, Datuk S Sothinathan, Datuk M
Saravanan dan beliau sendiri akan menyertai lawatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.