MALAYSIAKINI
Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan
DAP yang dilihat boleh menjurus kepada berlakunya perpecahan kaum, terus
diselar pemimpin PAS.
Ahli
Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
(kanan) berkata adalah tidak adil apabila DAP sahaja yang memperjuangkan
dasar partinya itu, namun dalam masa sama menentang hasrat PAS untuk
melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di Kelantan.
"Soal sekarang, ketika PAS mengambil sikap sama di Kelantan, mengapa PAS dikata mencabul kesepakatan dalam PR (Pakatan Rakyat),?
"Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah PAS akan menganggap ia mencabul PR.
"Boleh DAP terima kami di Kelantan jika begitu? Bertindak demokratik la
bro...," katanya dalam catatan terbaru di laman sosial Facebook
miliknya semalam.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata
tindakan DAP yang memperjuangkan pilihan raya PBT boleh melebarkan
jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga
boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata
pentadbiran PBT sekarang
pun sudah dilakukan secara demokratik.
Ini kerana anggota majlis PBT sesebuah negeri dilantik oleh parti yang memegang tampuk pemerintahan sesebuah negeri, katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.