sakmongkol.blogspot.com
Tiada siapa
sekat sesiapa daripada menganggap Najib PM dan menteri kewangan terbaik. Saya hanya
syorkan kepala mereka di periksa doctor.
Najib gagal
sebagai PM. Paling ketara, Najib gagal memberi negara ini kepimpinan, hala
tuju, pengisian makna. Kemana Malaysia hendak tuju- negara koro atau berjaya? Apa
ertinya menajadi Malaysian?
Najib gagal
sebagai MK. Kita akan bahas perkara ini.
Hutang sector awam-
baca kerajaan yang rasmi dan tidak rasmi, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan
yang tidak bertulis- mungkin sudah sekitar 75% dari GDP. Kita tak tahu.
Hutang rasmi
tahun 2014 ialah RM 570 billion. Tanggungan kontinjen ialah RM170 billion. Tanggungan melalui surat sokongan, mungkin RM100-200
billion, ini menjadikan hutang dan tanggungan negara hampir RM800 billion.
Jika ekonomi
kita lebih sedikit dari RM1 trillion, (RM1000, 000,000,000) hutang kita sudah
menuju kepada tahap 80% GDP. Mungkin ada lojik sebab hutang dan tanggungan isi
rumah atau household debt Malaysia sudah pun mencecah 87% GDP.
Muflis negara
kita. Matawang kita tidak ada harga. Satu hari nanti, Najib akan citak duit
pokok pisang seperti zaman Jepun.
Semakin ramai
tidak yakin kepada Najib sebagai PM dan ramai lagi tidak yakin dengan cara dia
mengurus kewangan negara.
Kita patut biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik
kumpulan Najib membongkar rahsia Daim dan kemudian Mahathir hanya red herring
untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence Najib. Kita jangan jadi
sebahagian daripada pencak silat Najib.
UMNO sukar
musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam. Jika Najib mengatasi ancaman dalaman, dia akan
jadi kuat. Bila kuat, orang putih kata ada hubris- sebut hewbris; ini orang tersebut terpisah dari reality dan overestimate
kepentingan dan kehandalan dia. Saya rasa sukar deal dengan orang seperti ini. Macai2
dikeliling nya naik tocang.
Negara kita is
in a mess. Institusi politik sedang reput dan dysfunctional. Ini disebabkan
oleh aktor2 politik yang mengukuhkan posisi masing2. Contoh: menteri2
menyelitkan agenda politik peribadi atau kepentingan peribadi dalam keputusan
yang melibatkan kepentingan nasional.
Kenapa pentingnya, Zahid Hamidi misalnya,
memberi surat testimoni kepada seorang potential penjenayah? Lihat pula respons
bekas menteri dalam negeri Hishamudin yang kata dia tak pernah tulis surat.
Hishamudin melindungi kepentingan politik perbadi nya.
Kumpulan2
pendesak sebagai contoh terus menerus memainkan peranan yang berlebihan dalam
menentukan hala tuju negara. Najib membisu seribu bahasa, lidah nya kelu, tidak berkata kata.
Tugas ini sepatutnya dimainkan oleh eksekutif, legislature
dan institusi kehakiman. Eksekutif lemah, menyebabkan golongan pendesak
menentukan pengurusan negara. Golongan pendesak ialah golongan yang tidak
dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya-
perkasa, isma dan bahkan pendesak2 dalam institusi yang jaga agama.
Saya tidak ada
masaalah misalnya dengan para ostaz dalam jakim, jain, hendak melaksanakan hukum
Tuhan yang mereka tafsir- tapi bolekah tidak get yourself elected dahulu? Hukum
Tuhan satu bab- tapi sebelum itu, biarlah kamu semua dipilih.
Saya percaya
institusi kehakiman kita ramai pendakwa raya dan hakim2 yang conscientious ;
tapi reputasi institusi ini tercedara parah. Institusi ini juga tidak terkecuali dari
persepsi rasuah- bagaimana setengah kes boleh lepas, manakala setengah kes tidak
boleh. Beberapa tahun yang lalu, skendal pemilihan dan kenaikan pangkat hakim
terdedah menyebabkan masyarakat sangsi akan kredibilit hakim2.
Apa jadi, jika
proses yang sama masih diteruskan? Ini akan menyebabkan rakyat melihat insitusi
yang memberi keadilan sebetulnya berfungsi menjaga kepentingan golongan atasan dan penjenayah yang
kaya raya.
Kementerian dikepalai
oleh budak2 nakal dan pemimpin utama, nakhoda nya, biarkan. Masing2 dengan haluan
sendiri dan ikut suka hati. Jika kita percaya Hishamudin dan Hamid Albar,
inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, seorang menteri memberi surat
perakuan mengenai karakter seorang potensi penjenayah yang dicekup oleh Amerika.
Kenapa seorang menteri perlu jawab soalan ang ditanya oleh pihak polis? Peguam?
Kalau polis- IGP lah yang jawab. Kalau peguam, AG yang jawab.
Something is terribly wrong dengan menteri, dan
kementerian yang masing2 jaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.