Umno menerima 4,995 permohonan keahlian baru secara dalam talian sejak
sistem baharu pendaftaran itu diperkenalkan pada Disember lepas, kata
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,993 permohonan lengkap berjaya diproses dan diserap ke dalam cawangan mengikut alamat pemohon, manakala 2,002 permohonan yang tidak lengkap akan dipadankan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara untuk diproses.
"Pada umumnya, kita boleh katakan sambutan kepada keanggotaan UMNO secara dalam talian adalah baik dan positif dan harap ia akan terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno kali pertama bagi 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Dalam perhimpunan agung Umno lepas, satu langkah peremajaan parti melalui sistem permohonan dalam talian diberi penekanan khususnya untuk menarik lebih banyak penyertaan dan merealisasikan aspirasi golongan muda.
Kelulusan untuk menerima keanggotaan baru melalui dalam talian dibuat oleh ibu pejabat Umno, berbanding sebelum ini yang perlu mendapat kelulusan di peringkat bahagian dan ini adalah bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul sebelum ini, seperti kehilangan borang dan pendaftaran menjadi anggota ditolak.
Dalam mesyuarat selama tiga jam itu, Najib berkata persidangan cawangan Umno tahun ini akan berlangsung dari 13 Mac hingga 2 Mei, manakala mesyuarat perwakilan bahagian pada 27 Julai hingga 31 Ogos.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Mad Nadzari Ahmad Dahlan dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor.
Dalam pada itu, Najib turut melahirkan penghargaan terhadap semua peringkat kepimpinan dalam Umno dan anggota parti itu di peringkat bahagian yang telah bersama-sama membantu mangsa banjir.
"Ini merupakan usaha berpasukan yang telah kita lakukan bersama antara pemimpin Umno dan ia telah disambut begitu bersungguh-sungguh di setiap peringkat dalam kepimpinan Umno.
"Usaha kita ini telah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mangsa banjir dan kita akan meneruskan usaha-usaha membantu dalam peringkat pasca banjir," katanya.
Terdahulu, Najib berkata mesyuarat MT hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa untuk disedekahkan kepada mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang diisytiharkan terkorban oleh Jabatan Penerbangan Awam, kelmarin.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.