MALAYSIAKINI
Seorang lelaki maut akibat dihempap sebatang pokok dalam satu kejadian di sebuah gerai makan berhampiran pejabat Jabatan
Perhutanan di Telok Datok, di Banting semalam.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa P Anbarasan, 54, sedang menjamu
selera bersama tiga rakannya sebelum sebatang pokok tiba-tiba tumbang
dan menghempap mangsa.
Ketua Balai Bomba Banting Mohd Jaslizad Jalil ketika dihubungi berkata
pihak bomba bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat
berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 2.44 petang.
"Kejadian itu berlaku disebabkan angin kencang sekitar pukul 2 petang
tadi. Mangsa ketika itu sedang makan bersama tiga lagi rakannya sebelum
sebatang pokok yang berhampiran tumbang lalu manghempapnya.
"Berikutan itu, pihak bomba terpaksa memotong dahan pokok yang
menghempap mangsa menggunakan 'gergaji rantai' sebelum berjaya
mengeluarkan mangsa kira-kira setengah jam kemudian," katanya.
Beliau berkata mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi
kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.