MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menasihatkan rakan dalam Pakatan
Rakyat bahawa gabungan pembangkang itu boleh berpecah jika ada parti
komponen yang tidak menunaikan janji dan komitmen yang ditetapkan.
Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu lagi, tiada beza sama ada Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat atau
dipenjarakan, jika ketiga-tiga parti tidak mampu menunaikan komitmen
dan janji.
Lim
menegaskan sama ada Pakatan hidup atau mati bergantung kepada
ketiga-tiga parti berpegang kepada perkara itu sekaligus menepis dakwaan
bahawa Pakatan akan "habis" tanpa ketokohan Anwar.
"Apa gunanya Anwar bebas dan bersama kita, kalau ada parti komponen
Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikin, tak tunaikan, tak pegang kepada
komitmen.
"Saya nak tegaskan selagi kita tak boleh pastikan komitmen-komitmen dibuat, saya rasa tak ada guna," kata Lim dipetik oleh KiniTV di Konvensyen DAP Kuala Lumpur hari ini.
"Dan itulah sebabnya di peringkat nasional, sungguhpun kita ada
mesyuarat untuk Pakatan Rakyat, tapi saya rasa dia kurang berkesan
selagi perkara ini tidak diputuskan," katanya lagi.
Dalam ucapannya juga, tanpa menyebut parti yang dimaksudkan, Lim berkata
partinya tidak tahu bagaimana berurusan dengan parti yang berubah-ubah
dalam keputusan yang dibuat.
"Kita
hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai akan
dilaksakankan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap, ini
ditolak oleh presiden.
"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak
tahu macam mana nak urus dengan parti macam ini," katanya sambil
menegaskan DAP berpegang pada prinsip sejak ditubuhkan dan sanggup
bergerak sendirian demi menjaga prinsip parti.
Lim berkata perjuangan Pakatan Rakyat tidak bergantung kerana Anwar
semata-mata, malah perjuangan mereka membela pemimpin PKR itu disebabkan
kezaliman yang menimpanya.
"Tapi untuk Pakatan terus wujud dan saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim
pun akan setuju dengan saya, (bahawa) ketiga-tiga parti mesti pegang kpd
persetujuan atau komitmn yang dicapai.
"Kalau ini tak dapat dilaksanakan saya rasa, di peringkat nasional susah
macam ini. kita akan berlaku ssatu keadaan negeri-negeri akan buat
keputusan mereka masing-masing dan saya rasa ini kena fikir baik-baik.
"Kalau kita tak mahu keadaan sedemikian, di mana negeri-negeri akan buat
keputusan masing-masing, kalau tak ada panduan jelas daripada atas,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.