MALAYSIAKINI
Jaguh pecut berbasikal negara Mohd Azizulhasni
Awang berhasrat mahu melelongkan pingat gangsa acara keirin yang
dimenanginya pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow untuk didermakan
kepada badan-badan kebajikan.
Mohd Azizulhasni mengakui sudah
tiba masanya beliau kembali berbakti kepada masyarakat yang sentiasa
memberikan sokongan serta dorongan untuk terus berjaya dalam sukan
berbasikal.
"Selepas selesai Sukan Asia di Korea Selatan pada
September nanti, saya harap ada pihak tampil membantu saya untuk buat
lelong pingat ini.
"Bagi saya ramai pihak membantu dalam meningkatkan karier saya seperti kerajaan, penaja dan juga media.
"Kini saya mahu berbakti kepada masyarakat, terutamanya kepada rakyat Malaysia yang lebih memerlukan tidak kira bangsa dan agama," katanya kepada pemberita di Glasgow, Scotland hari ini.
Atlet dari Terengganu itu meraih pingat gangsa pada Ahad di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow di sini.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.