Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, pihaknya mengambil masa hampir 45 minit untuk mengawal kebakaran selepas tiba di tempat kejadian pada pukul 2.52 petang.
Menurut kenyataan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Lintas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 petang sebelum sampai ke lokasi kejadian 15 minit kemudian.
Jabatan itu berkata operasi memadam kebakaran itu turut dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan pasukan bomba dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kejadian disiasat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.