Rabu, 30 Julai 2014

Hamas Tolak Gencatan Senjata Di Gaza

MSTAR ONLINE
 
 
Serangan berlaku di bandar Gaza pada Selasa. Foto AP
 
 
HAMAS pada Selasa menolak tawaran kepimpinan Palestin di Tebing Barat untuk mengadakan gencatan senjata selama 24 jam bagi menghentikan pertumpahan darah di Gaza.

Menurut laporan agensi berita Palestin, WAFA berkata, kepimpinan Palestin menawarkan gencatan senjata selama 24 jam, yang boleh dilanjutkan hingga 72 jam, dan idea tersebut mendapat sokongan Hamas dan pejuang jihad Islam di Gaza.

Bagaimanapun jurucakap Hamas di Gaza, Sami Abu Zuhri berkata, laporan WAFA tidak benar dan "tidak berkaitan dengan rintangan", yang "bercakap bagi pihaknya sendiri."

"Apabila kita mendapat jaminan daripada pihak Zionis untuk pengantaraan antarabangsa mengenai gencatan senjata kemanusiaan, maka kita boleh mempertimbangkannya," katanya di Hamas TV.
iklan
Israel berulang kali mengecam Hamas kerana menolak cadangan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata yang dipersetujui Israel. Beberapa gencatan senjata sementara berlaku sepanjang konflik itu, dengan setiap pihak mempersalahkan masing-masing kerana tidak mematuhinya.

Pada Isnin, rakyat di Gaza berharap supaya gencatan senjata dilakukan namun serangan berlaku pada pagi Selasa. - CNN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.