MALAYSIAKINI
Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga mengingatkan bekas ketua
hakim Tun Abdul Hamid Mohamad supaya mengawal kemarahan ekoran
kenyataannya yang mendakwa Islam terancam di Pulau Pinang.
Ambiga, peguam yang mengetuai NGO Negara-Ku, berkata hakim mesti
berhati-hati mengeluarkan kenyataan sekalipun selepas bersara kerana ia
boleh memberi kesan terhadap badan kehakiman.
Bercakap
selepas menyampaikan ucapan dalam satu forum di Pulau Pinang, Ambiga,
bekas pengerusi bersama BERSIH, berkata sekalipun selepas hakim bersara,
mereka diharap dapat mengurus diri mengikut cara yang tertentu.
"Mereka perlu melakukan (hal) ini supaya ia tidak beri kesan buruk terhadap badan kehakiman
"Ia seperti peraturan tidak bertulis tetapi di negara-negara lain,
mereka sebenarnya mempunyai garis panduan itu," katanya bagi mengulas
mengenai kenyataan Hamid itu.
Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang menolak dakwaan
bekas ketua hakim negara dengan menyifatkannya sebagai "karut sama
sekali, tidak berasas dan banyak bergantung kepada khabar angin".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.