MALAYSIAKINI
DAP sedia memberi sokongan penuh kepada "siapa sahaja" calon menteri
besar yang dicadangkan oleh PKR, tidak kira sama ada Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail atau pemimpin PKR lain, selepas hilang sabar dengan
Tan Sri Khalid Ibrahim.
Malaysiakini difahamkan DAP Selangor telah sampai ke satu peringkat di
mana mereka terlalu kecewa dengan kepimpinan Khalid di mana mereka tidak
lagi membezakan sama ada untuk memilih Wan Azizah atau pemimpin PKR
lain yang dikatakan mahu kepada jawatan itu, Azmin Ali.
"Kamu sampai kepada satu peringkat di mana kamu tidak boleh
berkomunikasi lagi dengan MB," kata pemimpin kanan DAP peringkat
bahagian kepada Malaysiakini.
Pemimpin itu mendakwa Khalid yang juga ADUN Pelabuhran Klang tidak mahu
mendengar pendapat orang lain dan melihat perbezaan pandangan yang
berbeza sebagai satu masalah.
Pemimpin DAP itu mendakwa Khalid mahu semua pihak mengikut caranya
berhubung isu lebuhraya Kidex dan meyifatkan hanya beliau seorang sahaja
yang mampu berfikir mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.