SHAH ALAM: Umno Selangor berpendirian
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu meneruskan tugasnya sebagai menteri
besar ketika PKR nekad mahu menukarnya dengan ADUN Kajang Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail.
Kata Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias, peralihan kuasa
yang ingin dilaksanakan PKR jelas bahawa parti itu hanya mementingkan
kuasa semat-mata.
"Orang ramai sudah menerima Khalid (sebagai menteri besar). Jadi demi pembangunan, dia perlu teruskan.
"Krisis ini menunjukkan ramai dalam PKR yang hanya berminat dengan kuasa," kata sebagaimana dilaporkan oleh The Star hari ini.
Tambahnya sebelum ini Khalid pernah menegaskan ini adalah penggal terakhirnya meneraju Selangor.
"Ketika dia dipilih memegang jawatan itu, dia dipuji tetapi tidak sampai setahun, mereka mahu menggantikan dia.
"Dalam apa kes pun, kita akan teruskan kerja kita sebagai pembangkang," jelasnya.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media malam
kelmarin memaklumkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan
untuk melantik presiden PKR Dr Wan Azizah menggantikan Khalid sebagai MB
Selangor.
Ia kemudiannya dibawa kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang
kemudiannya diputuskan oleh PAS dan DAP untuk dibincangkan dengan parti
masing-masing sebelum memuktamadkannya.
Khalid mula mendapat tekanan semenjak PKR melancarkan Langkah Kajang
MAC lalu bagi membolehkan Anwar menggantikan Khalid sebagai menteri
besar namun niat itu gagal apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman
penjara lima tahun ke atas Anwar.
Kini, Dr Wan Azizah yang memenangi kerusi Kajang dicadangkan oleh PKR
menggantikan Khalid sebagai kesinambungan Langkah Kajang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.