MSO
Bekas ahli parlimen Pasir Mas yang kalah empat kali, hanya berani melaung mengherdik presiden Amerika Syarikat Barack Obama selepas presiden itu terbang meninggalkan negara ini pukul 10:00 pagi tadi.
Semasa Obama berada di negara ini lebih 60 jam, ahli parlimen berkenaan yang juga presiden kepada NGO rasis menikuskan diri tidak "berketek" - senyap tipas.
Ahli parlimen itu marah kepada Obama yang memberi ingatan kepada Najib Razak supaya tidak melakukan diskriminasi ke atas rakyat bukan Islam negara ini sekiranya Najib mahu Malaysia maju.
Kenyataan Obama itu 'dimurih' oleh ahli politik yang kalah empat kali termasuk hilang deposit di Pengkalan Pasir itu dengan mempersoalkan siapakah yang punya bangunan pencangkar langit di Kuala Lumpur. Dia juga mengungkitkan dan bertanya siapa yang membiayai sekolah kebangsaan China walaupun ada yang kata bertentangan dengan Perlembagaan.
Selain itu ahli politik yang tidak tahu mengenang budi juga berkata orang yang mempersoalkan kerajaan tidak adil sebagai tidak waras.
Keberanian ahli politik yang sudah bankrup ini samalah dengan perangai Zahid Hamidi yang membantahkan pandangan Obama selepas presiden Amerika itu balik. Kalau mereka benar-benar berani dan tidak setuju dengan Obama kenapa tidak mengecamnya semasa beliau berada di negara ini.
Sepanjang Obama berada di negara ini tidak kedengaran surak garang mereka dan tidak ada sehelain flayer pun mengecam Obama disebarkan seperti mana sebelum ini. Apakah Dr Mahathir tidak 'hulur' modal?
Lagak bekas ahli parlimen dan Zahid itu samalah dengan perangai Aziz Sattar dalam filem klasik Pendekar Bujang Lapok yang berani melontar batu apabila para penyamun sudah meninggalkan rumah pendekar Mostar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.