Bekas Exco kanan Kelantan Husam Musa sekali menang dalam kes samannya terhadap media massa yang memfitnah kononnya beliau telah melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa semasa beliau memegang jawatan Exco pada tahun 2008.
Kali ini giliran The New Straits Time Press Sdn. Bhd telah diperintah oleh Hakim Mahkamah Sivil Kuala Lumpur Su Geok Yiam membayar ganti rugi kepada Husam sebanyak RM350,000 sebagai ganti rugi am, gatirugi teladan dan ganti rugi teruk.
Selain itu hakim berkenaan juga memerintah membayar RM10,000 kepada Husam bagi bicara ganti rugi dan faedah tindakan pemfailan tindakan tersebut.
NST merupakan defendan ketiga. Dua lagi defendan disaman Husam telah membuat pengakuan maaf secara terbuka.
Kemenangan itu membuktikan bahawa Husam tidak seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan. Sebelum ini Husam yang menghadapi serangan media massa untuk membunuh kerjayanya menyebabkan beliau mengambil tindakan mahkamah dan menang serta menerima sejumlah bayaran ganti rugi
Mungkin orang menganggap Husam beruntung kerana mendapat bayaran itu, tetapi apa yang lebih penting kepadanya ialah mahkamah telah membuktikan tuduhan yang dibuat ke atasnya tidak benar sama sekali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.