Rabu, 19 Februari 2014

Persidangan DUN Selangor ditunda dari Mac ke April

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negeri Selangor yang dijadualkan bersidang pada 17 hingga 28 Mac 2014 telah ditunda ke 7 hingga 18 April 2014.

Surat rasmi pemberitahuan makluman penundaan tarikh tersebut dikeluarkan pada 17 Febuari oleh Pejabat Dewan Negeri Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian (Dewan/MMKN) Elya Marini Darmin bagi pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Pemberitahuan Pindaan Tarikh Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas Tahun 2014 yang diedarkan kepada setiap Adun Selangor bagaimanapun tidak dinyatakan sebab penundaan dibuat.

Selangor juga berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac ini seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan peletakkan jawatan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.