Khamis, 24 Oktober 2013

Pekin dakwa ada bukti Uqasha curang

 


Mula menjalinkan hubungan cinta sejak bulan Februari lalu, kemudian mengambil keputusan untuk bertunang lima bulan kemudian, segalanya nampak berjalan lancar buat pasangan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose untuk bergelar pasangan suami isteri.Bagaimanapun, kini semuanya serba tidak menjadi apabila hubungan mereka berhadapan dengan masalah, malah dikatakan Pekin dan Uqasha sudah tidak lagi bersama.

Berkesempatan bertemu dengan Pekin dalam penggambaran sebuah telemovie baru-baru ini, pelakon berkenaan tidak menafikan bahawa hubungannya dengan Uqasha sudah berakhir.

Tegasnya, semuanya berpunca apabila dia mendapat bukti tentang Uqasha yang telah bermain kayu tiga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga dia mengambil keputusan untuk berpisah pada minggu lalu.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan persiapan perkahwinan Pekin dengan Uqasha sekarang?

Pekin: Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.

Kalau ikut perancangan kami, berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti.

Boleh jelaskan punca perpisahan yang berlaku?

Pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi saya ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu.

Namun begitu, saya tidak menyangka pula dia tiba-tiba mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima.

Adakah anda mempunyai sebarang bukti tentang kecurangan yang dilakukan?


Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.

Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja.
Adakah sebarang harapan untuk anda kembali menjalinkan semula hubungan dengan Uqasha?

Saya sudah bertekad untuk tidak lagi menerima dirinya setelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara kami. Saya juga berpesan kepada Sharnaaz supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya kalau mereka memang benar-benar bercinta.

Secara jujurnya saya memang berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengannya, saya tidak pernah bersikap curang.

Sepanjang kami bersama, saya berusaha untuk menjadi lelaki yang terbaik kerana saya serius mahu mengambilnya menjadi isteri saya.

Apakah perancangan anda selepas ini?

Kalau diikutkan sekarang ini saya sedang dalam proses untuk menghasilkan buku yang kedua berjudul Bintang Satu tetapi ia sedikit tergendala kerana masalah yang menimpa saya ini.

Selepas ini saya kembali menyambung semula menyiapkan buku berkenaan yang kini sudah siap sebanyak 70 peratus.

Selain itu, saya juga akan terus fokus kepada kerjaya saya dalam bidang seni.Sumber: Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.