Indeks penanda aras pasaran saham FTSE
Bursa Malaysia KLCI Malaysia menjunam telah dilihat Berita Semasa
menjunam pada tempoh perdagangan awal. Sebabnya?
Penjualan panik. Ini semua kembimbangan
dan keresahan pelabur saham yang mula “berpeluh” melihatkan kemungkinan
apa yang dikatakan Perang Dunia Ketiga (WWW III) kononnya yang dijangka
bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.
Apabila berlakunya peperangan, saham
sudah diibaratkan seperti “daki dunia” yang perlu dibuang dan
dibersihkan. Tiada masa dan keperluan untuk melayan pasaran saham jika
berlakunya peperangan. Inilah kebimbangan yang telah berlaku sehingga
menyebabkan penjualan panik dikalangan pelabur saham dek kerana US sudah
meniupkan “semboyan awal” untuk
melakukan tindakan ketenteraan dan menggempur Syria atas nama keamanan,
keadilan dan hak asasi manusia yang kononnya seringkali diperjuangkan
oleh polis dunia ini “Amerika”
Indeks turun sebanyak 1.72%
pada 1,671.91 mata sekitar 118GMT, yang menyebabkan dua bank terbesar di
Malaysia Maybank dan CIMB terkesan sama.
- Saham Maybank susut 1.83 peratus
- Saham CIMB susut 3.12 peratus.
US jatuh, EU naik emas naik, ini hanya
boleh dikatakan sebagai sentimen sahaja. Belum menjadi realiti. Ia hanya
boleh dipastikan apabila mendaat ucapan Barrack Obama melalui tentatif
ucapannya kelak. Apa sudah pasti, pastinya pasaran akan menjadi carca
merba tiada trend, dan apabil ada trend barulah “boleh masuk”.
Apa
pilihan anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.