Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan Kuil Sri
Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee di sini tidak akan dirobohkan.
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata malah pihaknya akan mencantikkan dan membina pagar bagi melindungi kuil berusia 101 tahun itu untuk memudahkan penganutnya melakukan upacara keagamaan.
Katanya, hanya struktur kantin dan restoran yang dibina secara haram di sebelah kuil itu akan dirobohkan.
"Kami tahu kuil ini merupakan tempat suci bagi masyarakat India di sekitarnya, kami bukan sahaja akan melindunginya malah akan membina pagar dan mencantikkan kawasan kuil," katanya kepada pemberita selepas melawat Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalannya Dr J. Loga Bala Mohan, Timbalan Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan.
Semalam sekumpulan pegawai DBKL dihalang oleh anggota komuniti kuil itu serta beberapa pemimpin parti kaum India daripada cuba merobohkan penyambungan struktur haram di sebelah kuil itu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.