PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapat peruntukan
tambahan dalam Belanjawan 2014 bagi membanteras jenayah di negara ini,
kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan bajet tambahan untuk PDRM bagi membanteras jenayah pada ucapan belanjawan. Sebelum itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membantu kami untuk memberi kelulusan khas dari perdana menteri untuk membeli aset bagi kegunaan PDRM.
"Ini termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara yang mendapat kerjasama dari Jabatan Perdana Menteri dan AGC,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum itu beliau menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2014 pada 25 Okt ini.
Ditanya mengenai cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membeli helikopter bagi kegunaan Unit Udara PDRM, Ahmad Zahid berkata beliau sangat menyokong cadangan itu jika bajetnya diluluskan Kementerian Kewangan.
“PDRM amat memerlukan helikopter bagi tujuan operasi. Kini semangat tinggi telah sedia ada dalam PDRM dan agensi, tetapi kerap kali kekangan kita ialah aset dan perkakasan,” katanya.
Semasa berucap di perhimpunan itu, beliau berkata seramai 1,107 pesalah telah menjalani hukuman Perintah Kehadiran Wajib yang kerajaan dapat mengurangkan kos pengurusan pesalah sebanyak RM3.5 juta sehingga 23 Ogos lalu.
“Ini membuktikan kerjasama strategik Jabatan Penjara dan pihak Mahkamah bukan sahaja dapat memulihkan pesalah, tetapi juga menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penjara kerana berjaya mengekalkan kadar residivis atau kes banduan berulang kali masuk penjara di negara ini pada 7.96 peratus dari Januari hingga Julai tahun ini. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.