Oleh Aspan Alias
Saya terbaca berita yang kempen mengibarkan Jalur Gemilang kurang medapat sambutan. Menteri yang bertanggungjawab berkata kerajaan akan melakukan cara dan kaedah yang sesuai bagaimana hendak membuatkan keseluruhan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang itu dengan penuh semangat semasa parayaan ulang tahun kemerdekaan negara kita.
Pengibaran Jalur Gemilang ini sudah tidak berapa mendapat perhatian orang ramai sejak empat tahun dahulu, tetapi keengganan rakyat memberi perhatian pengibaran Jalur Gemilang itu lebih nyata lagi pada tahun ini. Tidak tahulah samada pengibaran itu akan dilakukan dengan paksaan atau dengan cara apa. Tetapi pengibaran Jalur Gemilang itu sememangnya salah satu cara menzahirkan rasa sayang dan cintakan negara.
Kenapa kempen pengibaran Jalur Gemilang sejak beberapa tahun dahulu
sudah pudar kemeriahannya? Segala-gala yang berlaku itu tentu ada
sebabnya. Kerajaan, khususnya Menteri yang bertanggungjawab itu
semestinya memahami apakah elemen-elemen yang membuatkan sambutan kempen
itu mandapat sambutan atau sebaliknya.
Dalam sesuatu masalah perkara yang paling penting kita mesti selami
ialah memahami masalah ‘up to specific’. Apabila masalah itu dikenal
pasti secara ‘detailed’ barulah boleh mencari jalan untuk mencari
penyelesaiannya dan menjayakan kempen itu. Apabila disebut tentang
pengibaran Jalur Gemilang ini ia tidak boleh lari dari keriangan kita
semua untuk menzahirkan rasa cintakan negara. Ia akan hanya boleh
berlaku jika dengan sejujur-jujurnya rakyat merasakan cintakan negara
itu.
Jika rakyat ramai benar-benar berpuas hati dan rasa cintakan negara itu
benar-benar wujud, tidak perlu diadakan kempen besar-besaran. Rakyat
akan dengan sendirinya mengambil kesempatan menyambut hari kemerdekaan
negara itu sebagai peluang untuk menunjukkan semangat sayangkan negara
itu. Kempen itu akan dengan mudah mendapat sambutan tanpa perlu tekanan
dan desakan untuk mengibarkan bendera negara itu.
Rakyat tidak mahu melakukan perkara yang mereka tidak begitu ghairah
untuk melakukannya. Rakyat tidak berpuas hati kerana rasa tidak menentu
politik negara. Rakyat begitu keliru untuk mendapatkan yang mana satu
yang betul dan benar. Semuanya mempunyai persoalan sendiri samada mereka
yang sedang berkuasa dan mereka yang membangkangnya.
Secara psikologinya rakyat tidak berminat untuk menyertai apa-apa
kempen, apatah lagi kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Mereka
tidak mahu di kelirukan dengan kempen yang kerajaan lakukan kerana
mereka tidak mahu dijadikan alat serta perkakas politik pihak yang tidak
jujur. Mereka tahu yang kempen yang dilakukan oleh kerajaan untuk
mengibarkan Jalur Gemilang itu telah tertempel unsur politik selain
dari menebalkan rasa kasih dan sayang kepada negara.
Sesungguhnya kejayaan kempen ini bergantung kepada pihak mana yang
menganjurkannya. Jika ia masih dilakukan oleh kerajaan tunjangan UMNO,
ia tetap sarat dengan unsur politik dan tidak ada kena mengena dengan
sayangkan negara.
Rakyat tidak mahu menerima usaha UMNO yang sayangkan negara itu hanya
akan boleh berjaya jika ia anjuran UMNO. Bagi pimpinan UMNO jika
sayangkan negara rakyat perlu sayangkan UMNO. Jika ia dilakukan oleh
pihak yang lain sedalam mana pun kasih dan cintakan negara itu tidak
akan diterima. Ia dianggap sebagi penderhaka kepada negara. Menyokong
pihak pembangkang itu adalah penderhakaan kepada negara.
Tetapi sebenarnya usaha setengah pihak untuk melakukan tentangan
terhadap apa yang dibuat oleh kerajaan UMNO pada hari ini ialah kerana
sayangkan negara. Mereka tidak mahu lagi melihat UMNO dan setengah pihak
dalam pembangkang sekali pun, menjahannamkan negara. Mereka mahukan
perubahan yang sejati bukannya memenangi satu pihak keatas satu pihak
yang lain.
Kalau UMNO itu sudah busuk sebagai mana yang diakui oleh Dr Mahathir
itu, ada pemimpin yang sedang bertenggek keatas parti pembangkang itu
tidak boleh dijadikan pilihan untuk menjadi Perdana Menteri kerana
mempunyai masalah yang tidak boleh diterima jika kita serius mahukan
pimpinan yang bermoral dan akur kepada kehendak syariat agama kita.
Maksud saya kita mahukan mereka yang bermoral dan kita terpaksa
mencarinya kerana kita bukanlah orang yang boleh menjadi gantian kepada
yang ada pada hari ini.
Mereka lebih cintakan negara dari mereka yang mengibarkan bendera
kerana tuntutan politik peribadi atau kepartian mereka. Malahan mereka
yang tidak mengibarkan bendera itu lebih sayangkan negara kerana mereka
tidak menempelkan dan menunjuk-nunjuk sayangkan negara. Kasih dan sayang
mereka sudah terpahat dilubuk hati dan sanubari mereka dan tidak
berpura-pura sayangkan negara dengan mengibarkan bendera dipagar rumah
atau dipejabat atau melekatkan bendera kepada kenderaan yang kita pandu.
Seperti orang yang kasih dan mengtauhidkan Tuhan, mereka bukan
semata-mata menegakkan solat yang wajib (disyariatkan) itu tetapi mereka
sentiasa berzikir dan bertahmid di dalam hati mereka mengesakan Tuhan
dan membersihkan diri kita yang sebenar-benar diri itu. Zikir itu tidak
diketahui oleh orang awam atau mereka yang semata-mata mentarbiah
syariat tetapi tauhid mereka lebih suci dari apa yang kita lihat dalam
kerja tubuh kita (Syariat).
Begitu juga mereka yang setia kepada negara. Mereka yang
menunjuk-nunjuk sayang dan cintakan negara itu tidak sesuci mereka yang
telah meletakkan negara sampai ke naluri mereka. Mereka ini sebenarnya
tidak memerlukan lakonan mengibarkan bendera-bendera ini kerana apa yang
ada di dalam dirinya itu lebih lagi kuat dari mereka yang hanya
menempelkan rasa sayang kepada negara diluaran semata-mata.
Untuk menunjukkan setia kepada negara secara luaran itu maka keadaan
luaran itu juga perlu memberi minat kepada mereka untuk memberikan
sokongan dengan mengibarkan Jalur Gemilang itu.
Tetapi keadaan luaran politik tanah air itu tidak memberikan mereka
semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang itu lah yang menyebabkan
kegagalan pihak penganjur, iaitu kerajaan untuk menyemarakkan kempen
mengibarkan bendera negara yang berdaulat ini.
Mereka yang menganjurkan kempen itu pun masih dipersoalkan kesetiaan
mereka kepada negara, bagaimana rakyat ramai hendak mengikutnya? Ada
dikalangan mereka yang menganjurkan itu adalah mereka yang mendustakan
negara dengan perlakuan rasuah dan salah guna yang tidak sepatutnya
berlaku sebagai sebuah kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan yang
berwibawa.
Bagaimana seorang atau kumpulan yang rasuah itu berkempen untuk kita menyayangi negara sedangkan perlakuan dan tindakan mereka itu selalu bertentangan dan yang di benci negara?
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Bagaimana seorang atau kumpulan yang rasuah itu berkempen untuk kita menyayangi negara sedangkan perlakuan dan tindakan mereka itu selalu bertentangan dan yang di benci negara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.