Bekas
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai
Senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan
Persekutuan.Pelantikan itu mencetuskan spekulasi bahawa Mohd Ali akan
mengemudi Permodalan Nasional Berhad atau berkemungkinan dilantik
sebagai Menteri atau penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri.Namun
Mohd Ali enggan mengesahkan mengenai pelantikan tersebut.
Ketika ditanya The Star Online sama ada beliau menerima surat pelantikan tersebut, Mohd Ali berkata: ‘Sila semak dengan pejabat Ketua Menteri Melaka.”
Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan di Melaka berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan Mohd Ali jawatan Senator.
“Mohd Ali telah bekerja keras untuk membangunkan Melaka. Beliau meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia.
“Di
samping itu, beliau juga berpengalaman sebagai pentadbir dan berkhidmat
sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian
Kesihatan,” katanya.
Menurut
seorang pemimpin Umno Melaka, Mohd Ali, yang tewas di kerusi Parlimen
Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu menerima
surat yang memaklumkannya mengenai pelantikan sebagai Senator.
Beliau
berkata sekiranya Mohd Ali dilantik sebagai menteri, ia merupakan buat
julung kalinya selepas 20 tahun seorang ahli politik dari Melaka di
lantik dalam barisan Kabinet.
Selepas
Allahyarham Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana
Menteri pada 1993, pemimpin Umno itu berkata tiada mana-mana pemimpin
dari Melaka dalam senarai barisan Kabinet.
“Sudah agak lama, Melaka tidak mempunyai wakil pemimpin di peringkat Persekutuan,” katanya.
Mohd Ali,
yang memegang jawatan Ketua Menteri Melaka sejak 1999 hingga 2013,
berhasrat untuk menyertai kerajaan Persekutuan apabila bertanding di
kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU-13, Mei lalu tetapi impiannya
berkecai selepas tewas kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),
Shamsul Iskandar Mat Akin.
Sejak itu,
Mohd Ali sentiasa mengambil sikap berdiam diri walaupun memberi
bayangan awal dalam temu bual baru-baru ini bahawa beliau mungkin
bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
Sehingga hari ini, Mohd Ali tidak mendedahkan jawatan yang akan ditandinginya nanti.
Hanya Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan mereka
akan mempertahankan jawatan tersebut.
Pada
minggu lalu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa
Abdul Samad yang juga Pengerusi Felda mengumumkan akan merebut jawatan
Naib Presiden Umno.
Mohamad Ezam Mohd Nor pada Isnin mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini bagi penggal kedua.
Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Kali pertama Ezam, 46, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.