PETALING
JAYA: Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka mencabar
Mohamad Sabu bagi Timbalan Presiden PAS dalam muktamar pemilihan
parti hujung tahun ini. Ia diberitahu oleh seorang pemimpin kanan PAS
yang ditemui di majlis sambutan Aidifitri parti itu di Kuala Lumpur
semalam.
“Ini yang kerap diperkatakan orang. Saya pasti ia akan berlaku.
“Mohamad Sabu kata dia tidak kisah,maknanya dia terbuka,” kata beliau yang juga bekas ahli parlimen.
Tuan Ibrahim yang dihubungi melalui SMS bagaimanapun, berkata, “Maaf. No komen buat masa ni.”
Pada tahun
2011, Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS setelah
mengalahkan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim.
Nasharudin
bagaimanapun, sudah tidak termasuk dalam senarai pemimpin utama parti
serta tidak bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Manakala
bagi jawatan Naib Presiden pula, pemimpin itu berkata, antara yang akan
bertanding ialah ketiag-tiga penyandang iaitu Datuk Mahfuz Omar, Datuk
Husam Musa dan Salahuddin Ayub.
“Tetapi
ada beberapa muka baru yang akan mencuba nasib, antaranya ahli
parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad,” kata pemimpin PAS itu lagi.
Daripada
ketiga-tiga penyandang itu, Mahfuz dilihat mempunyai peluang yang lebih
cerah kerana beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Pokok Sena
dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Manakala Husam kalah di parlimen Putrajaya dan Salahuddin pula tewas di Pulai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.