Oleh Norutul Ilham
PAHANG : Dua Ranting KEADILAN dalam Cabang Bera, Pahang berjaya ditubuhkan ketika bahang pilihan raya semakin dirasai.
Menurut calon KEADILAN Parlimen Bera, Zakaria Abdul Hamid, penubuhan
Ranting di Bohor Baru dengan penyertaan 35 orang dan Ranting Triang 3,
seramai 37 orang itu membuktikan Pakatan Rakyat menjadi pilihan sempena
pilihan raya minggu depan.
“Parlimen
Bera akan bertambah mantap dengan penubuhan dua Ranting tersebut. Ini
kerana di lokasi kedua-dua Ranting tersebut terletak dalam kawasan kubu
kuat Barisan Nasional (BN) khususnya di Triang 3,” katanya pada
kenyataan.
Beliau yakin dengan penubuhan Ranting itu dapat menarik sokongan peneroka Felda dan Felcra.
“Kita yakin dengan penubuhan dua ranting tersebut akan melonjakkan
sokongan warga Felda dan Felcra kepada Pakatan di Bera memandangkan
Ranting Triang 3 terletak dalam kawasan Felda Triang 3, manakala bagi
Ranting Bohor Baru terletak dalam tanah rancangan Felcra.
“Dengan sokongan dari warga Felda dan Felcra terhadap Pakata yang
semakin bertambah, misi Pakatan untuk menawan Parlimen Bera pada 5 Mei
nanti mampu terlaksana,” kata Zakaria optimis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.